Bertempat di Balai Tan Sri Sheikh Ahmad, Menara Kembar Bank Rakyat pada 8 April 2017 telah diadakan Kejohanan Badminton Bank Rakyat 2017 dimana edisi ini adalah kali kedua penganjurannya.

Seramai 82 peserta melibatkan 41 pasangan (33 kategori) beregu lelaki & lapan(8) beregu wanita telah bertanding merebut kejuaraan kali ini. Bagi kategori beregu lelaki telah dimenangi  oleh pasangan Azizul & Aidil dari cawangan Sri Iskandar dan Taman Universiti, Skudai dan membawa pulang hadiah wang tunai RM900 beserta medal. Manakala bagi beregu wanita telah dijuarai oleh pasangan Noorhawa & Sharifah Zuraini masing-masing dari pejabat Naib Presiden Perbankan Korporat dan Pengurusan Keanggotaan membawa pulang hadiah wang tunai RM450 beserta medal.

Semoga sambutan bagi Kejohanan Badminton Bank Rakyat 2017 ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang dan menampilkan bakat-bakat baru dalam acara suka badminton di Bank Rakyat.

Kejohanan Badminton KEBARA 2017
Badminton 2017
Kejohanan Badminton KEBARA 2017
Badminton 2017
Gambar bersama pemenang sukan Badminton KEBARA 2017

 

 

 
ALAMAT:
Kelab Sukan Bank Rakyat (KEBARA)
Tingkat 8, Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur,
KL Sentral, KL
 
 
Operation Hour:
MONDAY - FRIDAY,
8.30am-1.00pm
2.00pm-5.30pm

Jomlah sertai aktiviti di KEBARA!